Pages

Sunday, August 8, 2010

Solat yang tidak diterima oleh Allah SWT.




Sabda Rasullulah SAW:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan sesiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya" (Tabyinul Mahaarim)

Rasullulah SAW bersabda: 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT antaranya:

* Orang yang solat secara bersendirian tanpa membawa sesuatu.
* Orang yang solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
* Orang yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmumnya membencinya.
* Orang yang melarikan diri.
* Orang yang meminum arak tanpa mahu meninggalkanya (Taubat)
* Suami yang sedang marahkan isterinya.
* Perempuan yang solat tanpa memakai tudung.
* Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
* Orang yang memakan riba.
* Solat seseorang yang tidak dapat menahan-nya daripada melakukan mungkar.

Sabda Rasullulah SAW:

"Sesiapa yang solatnya itu tidak dapat menahan diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah"

Hassan r.a berkata: "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula kearah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

No comments:

Post a Comment