Pages

Tuesday, July 13, 2010

Khasiat unik buah kiwi - Dua biji sehari cukup untuk bekalan kandungan nutrisi yang diperlukan tubuh





BUAH kiwi mempunyai pelbagai kandungan nutrisi yang diperlukan setiap hari sebagai diet sihat. Cukup sekadar menikmati dua biji buah kiwi bersaiz sederhana setiap hari, tubuh kita lengkap dengan khasiat yang diperlukan.

Buah kiwi bukan saja sedap, malah dikatakan sajian gizi terbaik untuk dinikmati kerana mempunyai sumber mineral seimbang, vitamin semula jadi dan membekalkan antioksidan untuk tubuh. Vitamin C, serat dan potasium juga dikesan terdapat dalam buah kiwi. Kajian mendapati buah kiwi mempunyai sehingga 120 kandungan kalori atau 60kalori dalam sebiji buah kiwi untuk tubuh manusia.

Menariknya menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren selain mengandungi dua kali ganda vitamin E berbanding avokado. Kandungan khasiatnya sesuai untuk hidangan mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit kencing manis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah serta mengandungi serat sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.




Pengurus Sains Kesihatan Zespri International Limited, Lynley Drummond, berkata pengambilan makanan memberi kesan terhadap kesihatan keseluruhan tubuh dan rata-rata masyarakat disaran memakan lebih banyak mengambil buah-buahan serta sayur-sayuran kerana kandungannya padat dengan nutrien bermanfaat.

No comments:

Post a Comment