Pages

Tuesday, August 10, 2010

Karangan yang Mantap ..



kalau aku tande pon aku dah koyak ... huuhuhuh! korang camne ne lak .. ?

Undang2 baru ...



kalau rase boleh buat tiru lah... kompirm JPJ x marah..

Monday, August 9, 2010

Bayi dibunuh kejam





Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my

mayat bayi ditemui di kawasan pelupusan sampah di Bercham, Perak, semalam.

IPOH 9 Ogos - Usianya baru dua bulan dan sudah dilahirkan dengan selamat tetapi apalah dosanya sehingga bayi lelaki ini sanggup dibuang sehingga menemui ajal.

Dibalut dengan lampin, tudung putih dan kain batik, bayi itu dibungkus dalam plastik sampah hitam sebelum ditemui di tempat pelupusan sampah di Bercham dekat sini hari ini.

Mujurlah ia ditemui seorang pencari barang lusuh, Ahmad Sufian Zulkifli, 30, kira-kira pukul 1.45 petang ini selepas ia dipercayai dikutip lori pengangkut sampah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

"Saya menemui satu beg plastik. Ketika dipegang, kandungan seperti lembik.

"Saya mula syak sesuatu dan membukanya sebelum menemui mayat seorang bayi lelaki," katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Rakannya, Rohimah Bani Amin, 25, pula berkata, mayat bayi itu kelihatan seperti dijaga rapi apabila ia dipakaikan baju berwarna putih dan kuning.

Dia yang menghubungi polis sebaik sahaja Ahmad Sufian menemui bayi itu memberitahu, lubang hidung bayi tersebut bagaimanapun disumbat dengan kapas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, polis masih menunggu laporan forensik ke atas mayat bayi lelaki tersebut yang turut mempunyai kesan lebam di seluruh tubuhnya.

Zakaria meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di talian 05-2451222 bagi membantu siasatan.

Chong Wei, Misbun tidak ikut rombongan ke Bath


KUALA LUMPUR - Permintaan jurulatih perseorangan kebangsaan, Datuk Misbun Sidek untuk dikecualikan daripada program latihan di University of Bath diluluskan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam, malah seperti dijangka, turut 'terlepas penerbangan' ke England ialah anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei.

Latihan 10 hari di Bath itu adalah sebahagian program yang disediakan oleh BAM bersama Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam persiapan Kejohanan Dunia di Paris, 23-29 Ogos ini.

Misbun memberikan alasan peribadi sebagai sebab utama dia tidak dapat menyertai rombongan 20 pemain dan jurulatih menjalani latihan di England, lokasi yang dipilih ISN dengan harapan cuaca sejuk di sana akan memudahkan pemain menyesuaikan diri dengan keadaan di Paris.

Malah, beliau turut memohon kepada BAM agar membenarkan Chong Wei untuk meneruskan latihan di bawah pengawasannya di Kuala Lumpur tanpa perlu mengikuti rombongan pemain lain ke University of Bath, yang dijadual berlepas esok.

Permintaan itu dibuat dalam pertemuan dengan Pengarah Bahagian Atlet MSN, Ahmad Shapawi Ismail, Pengarah Cawangan Dasar ISN, Kol. (B) Wong Ah Jit dan Pengurus Besar BAM, Kenny Goh pagi semalam.

"Misbun meminta untuk tidak pergi ke Bath atas alasan peribadi, selain merasakan latihan di Kuala Lumpur lebih baik buat pemainnya. Memandangkan dia tidak dapat ke England, jadi dia juga meminta BAM agar membenarkan Lee Chong Wei untuk turut kekal di sini.

"Secara prinsipnya kami meluluskan permohonan Misbun itu tetapi kami meminta beliau menulis sepucuk surat rasmi untuk menjejaskan dengan lebih terperinci sebab mengapa beliau tidak dapat mengikuti latihan di Bath, kami akan memperhalusi isu surat berkenaan.

"Saya rasa ini bukanlah satu perkara yang harus diperbesarkan. Ia isu kecil, apatah lagi pemain-pemain lain akan berlepas ke England seperti yang dijadualkan,'' kata Kenny pada majlis undian Kejohanan Dunia di Kuala Lumpur, semalam.

sumber Utusan Malaysia

Sunday, August 8, 2010

Solat yang tidak diterima oleh Allah SWT.




Sabda Rasullulah SAW:

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan sesiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya" (Tabyinul Mahaarim)

Rasullulah SAW bersabda: 10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT antaranya:

* Orang yang solat secara bersendirian tanpa membawa sesuatu.
* Orang yang solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
* Orang yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmumnya membencinya.
* Orang yang melarikan diri.
* Orang yang meminum arak tanpa mahu meninggalkanya (Taubat)
* Suami yang sedang marahkan isterinya.
* Perempuan yang solat tanpa memakai tudung.
* Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
* Orang yang memakan riba.
* Solat seseorang yang tidak dapat menahan-nya daripada melakukan mungkar.

Sabda Rasullulah SAW:

"Sesiapa yang solatnya itu tidak dapat menahan diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah"

Hassan r.a berkata: "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula kearah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

BERBUKA PUASA




"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka." -HR Bukhari Muslim

Tiada yang lebih dinantikan selama waktu berpuasa sepanjang siang melainkan waktu berbuka puasa. Apabila tiba Maghrib, maka muslimin yang berpuasa disunatkan agar menyegerakan berbuka lantaran ganjaran pahala yang lebih banyak daripada mereka yang menunda waktu berbuka.Rasulullah SAW juga menyeru umatnya agar tidak tergesa-gesa ketika berbuka puasa. Makanlah dengan sewajarnya namun janganlah pula sehingga habis waktu untuk menunaikan solat
Maghrib. Ini sejajar dengan sabda Baginda yang bermaksud:

"Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu." -HR Bukhari Muslim

Mendahului berbuka dengan memperbanyakkan doa adalah suatu yang dituntut kerana Allah SWT telah berjanji akan mengabulkan doa mereka yang berpuasa. Sebaiknya hendaklah doa yang meminta supaya diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan pada masa lalu. Doa ini bukan sahaja dituntut ketika hendak berbuka puasa wajib tetapi juga ketika berpuasa sunat.

Terdapat beberapa doa pilihan yang boleh dijadikan pedoman ketika berbuka, iaitu:·

- "Allahumma laka shumtu wa 'alaa rizqika afthartu."
(Ya Allah, demi Engkau, aku puasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka)

- "Alhamdulillahiladzi a'aanani fashumtu wa razaqani fa afthartu."
(Segala puji bagi Allah, tuhan yang menolongku, sehingga aku (sanggup) berpuasa dan memberiku rezeki, sehingga aku (dapat) berbuka)

- "Allahumma laka shumnaa wa 'alaa rizqika aftharnaa, fa taqabbal minnaa innaka antas samiiul 'aliim."
(Ya Allah, demi Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki-Mu kami berbuka, maka terimalah (puasa) dari kami. Sesungguhnya Engkau benar-benar Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui)

- "Allahumma inni as 'aluka bi rahmatikallati wasi'at kulla syai'in antaghfiralii."
(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang luasnya meliputi segenap (makhluk) agar Engkau mengampuni diriku)

Walau bagaimanapun, menurut Imam Nawawi dalam Kitab Al-Azkar, doa-doa berbuka puasa tiada yang sahih. Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap individu boleh berdoa apa sahaja sesuai dengan keinginan mereka. Namun sebagai manusia biasa, adakalanya doa yang dipanjatkan tidak dimakbulkan Allah SWT. Jika hal ini berlaku maka kita hendaklah mengkaji di mana kesilapan kita. Mungkin juga makanan atau minuman yang kita ambil datang daripada sumber yang tidak sah kerana salah satu syarat supaya doa kita dimakbulkan ialah sumber makanan kita haruslah daripada sumber yang halal.

Bukan sahaja dari segi makan minum harian, malah kita sepatutnya lebih teliti dalam melakukan dan memperkatakan apa jua perkara, termasuklah dalam urusan yang kita anggap sebagai kecil dan remeh-temeh. Masalah tidak akan timbul jika kita menyelesaikan perkara yang kecil terlebih dahulu sebelum
ianya menjadi lebih besar.

Selamat Berpuasa ...

Friday, August 6, 2010

Waris Spiderman ...




Name:Jenny Parker


Bermanje2manje bersame2 tikus ...




tgk kucing manje2 dengn tikus.. si tikus plak pandai amil hati kucing ..

Traffic Light




Traffic yang Paling Moden di zaman Ini ... hehehe!

Akibat terlalu sayang....



ahhahaha.. sayang jugk monyet kat ayam sampi berpeluk2..

Binatang Ape Ni???




pelik binatang ni .. ? xpernah tengok pon .. ??

Gaza Derita Angkara Israel Lahnatullah



Dalam mana-mana sejarah peradaban di dunia, belum pernah berlaku peristiwa di mana sebuah masyarakat dinafikan hak-hak kemanusiaan mereka dengan dikepung dan dihalang daripada berhubung dengan masyarakat antarabangsa.

Lalu apabila seramai 1.5 juta orang rakyat Palestin di Genting Gaza yang hari ini memasuki hari kelapan dikepung oleh rejim Zionis di bumi sendiri, sudah tidak ada lagi piawaian kekejaman yang boleh dinilai daripada tindakan Israel itu.

Konflik terbaru di wilayah Palestin yang disifatkan oleh masyarakat antarabangsa sebagai satu malapetaka kemanusiaan itu sebaliknya dilakukan oleh Israel semudah sekelip mata.

Dengan sokongan Amerika Syarikat (AS), kepungan yang menyaksikan bekalan harian terutamanya makanan dan bahan bakar ke Genting Gaza terputus sama sekali langsung tidak mengambil kira soal keselamatan rakyat Palestin yang sudah sedia tertindas.

Beberapa hari selepas penutupan laluan itu, seluruh Bandar Gaza bergelap selepas loji jana kuasa tunggal yang membekalkan 30 peratus keperluan elektrik kepada penduduk gagal beroperasi.

Krisis kemanusiaanTragedi itu mengheret Genting Gaza kepada krisis kemanusiaan yang lebih meruncing apabila perkhidmatan awam terutamanya hospital dan keperluan asas lain lumpuh sama sekali.

Genting Gaza dipisahkan dengan masyarakat antarabangsa menerusi lima laluan keluar-masuk utama atau juga dirujuk sebagai blok pemisah yang bersempadan dengan negara luar termasuk Mesir dan Israel.

Antaranya ialah laluan Karni yang merupakan pintu masuk utama kepada barangan perdagangan serta aktiviti eksport-import ke Genting Gaza yang pernah beberapa kali ditutup termasuk pada 2006.

Laluan Kerem Shalom, Erez dan Sufa pula merupakan sempadan yang agak tegang dan ditutup sepenuhnya oleh Israel ekoran ancaman serangan roket oleh pejuang Palestin dari Tebing Barat.

Rafah yang bersempadan dengan Mesir pula merupakan satu-satunya laluan bagi penduduk Gaza untuk ke luar negara selepas Israel mengharamkan wilayah Yahudi lain sebagai transit kecuali dalam situasi luar biasa.

Laluan ini juga sering kali ditutup selama beberapa bulan dalam tempoh setahun termasuk penutupan sepenuhnya yang mencetuskan krisis ketika ini sebelum diletupkan oleh pejuang Palestin, tiga hari lalu.

Kesemua sempadan ini juga pernah mencatatkan peristiwa ditutup laluannya oleh Israel yang mengisytiharkan Genting Gaza sebagai entiti musuh pada tahun lalu.

Hanya barangan makanan dan ubat-ubatan daripada bantuan yang diuruskan oleh Agensi Bantuan Pelarian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWRA) sahaja dibenarkan melalui kawasan ini bertujuan menyalurkan bantuan ke kem-kem pelarian Palestin di Genting Gaza seperti di Jabaliya, Khan Younis dan Rafah.

Melihat kepada perkembangan yang berlaku di Genting Gaza ketika ini, Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor berkata, apa yang paling dibimbangi adalah kemungkinan rakyat Palestin kembali terkepung sepenuhnya dalam masa terdekat.

Keadaan itu bukanlah sesuatu yang mustahil melihat kepada tekanan yang dikenakan Israel ke atas Mesir supaya menutup satu-satunya laluan yang digunakan oleh rakyat Palestin ketika ini iaitu di Rafah.

Laluan di pesisir laut itu terbuka selepas pejuang Palestin memusnahkan tembok sempadan iaitu langkah dramatik dalam membantah tindakan kejam Tel Aviv.

Bagaimanapun jelas Hafidzi, laluan di Rafah yang menyaksikan kira-kira 700,000 penduduk Gaza menyeberanginya kini sukar dipertahankan oleh Mesir yang terikat dengan perjanjian Kem David 1978 dengan Israel.

Perjanjian itu memperuntukkan Mesir untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas blok kawasan yang memisahkan negara itu dengan Genting Gaza termasuk soal keselamatan dan pencerobohan rakyat Palestin.

Apatah lagi Israel dalam memberi tekanan kepada Mesir untuk menutup segera laluan Rafah itu turut meniup anasir jahat terhadap kemungkinan penyeludupan senjata oleh pejuang Hamas yang kononnya bakal meningkatkan lagi keganasan di rantau ini.

''''Semestinya dalam situasi sekarang, pertimbangan kerajaan Mesir bukan lagi kepada soal kebajikan rakyat Palestin sebaliknya keperluan untuk patuh kepada perjanjian Kem David.

Apatah lagi, perjanjian itu ketika dimeterai dulu juga langsung tidak mengambil kira mengenai nasib rakyat Palestin dan ini menambah kepada kemungkinan rakyat Palestin tidak lagi boleh menggunakan laluan Rafah dalam masa terdekat," katanya kepada Utusan Malaysia.

Apa yang paling dikesalkan tambah Hafidzi, adalah sikap berdiam diri negara-negara Arab dalam menyatakan pendirian mereka mengenai krisis di Genting Gaza ketika ini apatah lagi untuk menghulurkan bantuan.

KomitmenSikap negara-negara itu walaupun bukanlah sesuatu yang mengejutkan, namun semakin ketara selepas lawatan Presiden AS, George W. Bush ke rantau Asia Barat awal bulan ini.

Bush yang dalam lawatannya turut membawa agenda tersendiri dilihat sangat berjaya mengikat komitmen negara-negara Arab supaya menyokong dasar luar White House terutamanya dalam krisis Israel-Palestin yang secara jelas memberi keuntungan kepada rejim Zionis.

Suara negara-negara Arab juga terikat kejap selepas menjadi komuniti dalam persidangan Annapolis di Maryland, AS, 27 November lalu yang tidak menyebelahi rakyat Palestin sebaliknya memungkinkan pengiktirafan semula dunia Islam kepada Yahudi ke atas bumi Palestin.

Apa yang diharapkan sebagai langkah penyelesaian segera daripada krisis kemanusiaan di Genting Gaza ini menurut Hafidzi, adalah tindakan tegas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya meluluskan resolusi mendesak Israel menamatkan sekatan sepenuhnya.

Ini kerana sekatan itu secara jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan Persidangan Geneva termasuk Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 dan Israel sewajarnya dikenakan tindakan tegas akibat pencabulan itu.

Namun, mengimpikan tindakan ke atas Israel tidak ubah ibarat mengharapkan bulan jatuh ke riba apatah lagi dalam keadaan PBB sendiri tertakluk kepada tindakan AS.

''''Justeru dalam keadaan ini, masyarakat antarabangsa pastinya sangat mengharapkan AS terutamanya Bush melihat kesengsaraan rakyat Gaza dengan penuh sifat kemanusiaan seterusnya mendesak Israel membuka semula pintu sempadan," katanya.


Oleh Mohd Khuzairi Ismail (Wartawan Utusan)

Tolak Judi Settle Masalah




“JUDI adalah haram di sisi agama Islam. Orang-orang Islam, mereka yang berumur di bawah 21 tahun, atau murid-murid sekolah yang berpakaian seragam tidak dibenarkan memasuki premis/ruang ini.”

Saya melihat notis ini tertera di dinding tiga kedai Sports Toto yang terletak sebelah menyebelah ketika membuat tinjauan pada kira-kira jam 3 petang suatu Sabtu.

Saya berada di depan kedai itu selama lima minit, melihat-lihat siapa yang keluar masuk. Sungguh terkejut saya kerana hampir separuh yang masuk dan membeli nombor ramalan, berkulit sawo-matang seperti saya. Ramai yang melindungi wajah dengan memakai topi keledar.

Suatu ketika pula saya melewati bangunan Magnum dekat Hentian Puduraya, saya terpandang beberapa pemuda Melayu beruniform bertugas sebagai pemandu van syarikat berkenaan. Nampaknya mereka tidak berasa apa-apa bekerja dengan syarikat judi.

Apabila membuka laman-laman web syarikat perjudian yang tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), ditemui pula nama-nama individu Islam (tokoh ternama) mengepalai syarikat-syarikat judi ini.

Pembabitan orang Islam Islam dalam kegiatan perjudian ini, sama ada secara langsung atau tidak, mengingatkan saya dakwaan seorang tokoh masyarakat Islam dalam sebuah rancangan TV tempatan tidak lama dulu bahawa kononnya kewujudan pusat-pusat maksiat ini khas untuk orang bukan Islam.

Jika dilihat apa yang berlaku, dakwaan itu ternyata salah kerana sebahagian pengunjung pusat-pusat ini adalah orang Islam sekalipun sudah ditulis notis – “orang Islam dilarang memasuki premis (tempat berjudi) ini."

Satu perkara yang perlu diperhalusi lagi, adakah benar dakwaan kononnya pusat hiburan (perjudian) ini adalah khas untuk orang bukan Islam kerana tidak menjadi kesalahan untuk mereka berjudi atau terbabit dalam kegiatan seumpama ini.

Memandangkan perkara ini membabitkan masyarakat bukan Islam, golongan ini perlu ditanya sama ada dakwaan ini betul atau rekaan saja oleh sesetengah pihak bagi membolehkan mereka berjudi.

Satu lagi perkara menjadi tanda tanya berhubung perjudian ini ialah mengapa ada istilah ‘halal’ dan ‘haram’ dalam industri ini dalam konteks negara kita. Kita ingin tahu apakah yang ‘halal’ dan apa yang ‘haram’ sedangkan dalam Islam judi itu sudah jelas keharamannya sepert sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memfardukan beberapa perkara lalu, janganlah kamu melalaikannya, Allah juga telah mengharamkan banyak perkara, maka janganlah kamu mencerobohnya.” (Riwayat Darul Qutni, hadis Hasan)

Seperkara lagi yang ingin diketahui ialah bagaimana kedudukan wang hasil kegiatan perjudian seperti cukai industri ini di sisi negara dan agama. Bagi menjawab persoalan ini, tentulah kita memerlukan penjelasan ulama dan tokoh berautoriti dalam bidang ini.

Kemudian kita ingin bertanya, apakah industri judi ini subur di kalangan orang Melayu/Islam kerana pengusaha akhbar-akhbar Melayu begitu ghairah menyiarakan keputusan empat nombor ekor dan SMS mengenainya dalam akhbar-akhbar mereka.

Thursday, August 5, 2010

10 orang terkaya di Malaysia 2010

Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan rezeki semuanya dijamin Allah. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)” – Surah Hud ayat 6.

1. Robert Kuok, RM42.76 billion
2. Ananda Krishnan, RM27 billion
3. Tan Sri Lee Shin Cheng, RM11.92 billion
4. Tan Sri Teh Hong Piow, RM10.86 billion
5. Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM10.38 billion
6. Tan Sri Quek leng Chan, RM7.09 billion
7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, RM6.01 billion
8. Puan Sri Lee Kim Hua, RM4.4 billion
9. Tan Sri Tion Hiew King, RM3.5 billion
10. Tan Sri Vincent Tan, RM3.29 billion

Mengikut sebahagian Ulama Islam adalah menjadi kesalahan apabila manusia bekerja, berusaha atau berniaga dengan niat untuk MENCARI rezeki. Berdasar ayat 6 surah Hud telah nyata bahawa setiap rezeki manusia telah ditetapkan oleh Allah. Niat yang sebenar untuk setiap kerja dan usaha manusia adalah untuk MENGUNDANG rezeki.

Manusia perlu menyediakan diri menjadi seperti magnet yang mempunyai DAYA TARIKAN yang boleh mengundang bermacam benda untuk melekat kepadanya. Begitulah caranya bagaimana 10 orang terkaya di Malaysia terus menjadi kaya di kalangan warga Malaysia. Mereka berusaha siang dan malam bukan MENCARI rezeki tetapi MENGUNDANG rezeki yang memang sudah ada di keliling kita.

Antara cara untuk MENGUNDANG rezeki yang diamalkan oleh Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary yang merupakan billionaire termuda di kalangan 10 adalah dengan banyak MEMBERI. HIDUP UNTUK MEMBERI kepada warga miskin seperti kelas tuisyen, rumah orang tua dan rumah anak yatim percuma telah beliau amalkan sejak sebelum beliau menjadi billionaire lagi.

Selain mengamalkan Hidup Untuk Memberi, untuk menjadikan diri kita seperti magnet yang boleh MENGUNDANG rezeki Kita juga mesti mengamalkan amalan yang mudah dengan istiqamah seperti membaca Yassin setiap pagi, solat sunat dhuha setiap pagi dan solat sunat tahajjud setiap 2/3 malam.

Tidak mustahil langsung suatu hari nanti ANDA akan tersenarai dikalangan 10 orang terkaya di Malaysia kerana Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary juga bermula dari seorang yang tiada apa-apa.

Sumber Blogger

Tuhan Izinkan Aku Menjadi Pelacur




Tuhan Izinkan Aku Menjadi Pelacur

p/s:best giler novel Ni ...

Wednesday, August 4, 2010

Remaja ketagih rokok kian membimbangka


gambar Hiasan

UALA LUMPUR: Walaupun pelbagai kempen dan peraturan antimerokok dilaksanakan, jumlah perokok di negara ini akan meningkat daripada 3.1 juta pada akhir tahun lalu kepada kira-kira 3.8 juta pada 2015 dan lebih empat juta menjelang 2020.

Malah, satu kaji selidik Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan baru-baru ini mendapati semakin ramai golongan muda, khususnya remaja terjebak ke dalam kancah ketagihan rokok.

Kajian itu mendapati, sehingga akhir tahun lalu, seorang daripada setiap dua lelaki dewasa di negara ini yang berusia antara 25 hingga 64 tahun adalah perokok. Kumpulan ini mewakili kira-kira 2.9 juta daripada 3.1 juta perokok di seluruh negara.

Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Zainal Ariffin Omar, berkata walaupun pelbagai usaha membanteras tabiat buruk itu dilak- sanakan kerajaan, ia masih belum berkesan untuk membendung gejala merokok.

Beliau yang juga Ketua Pasukan Projek Kaji Selidik itu, berkata jumlah wanita yang merokok di negara ini turut membimbangkan iaitu 174,000 orang dengan 68,000 berumur antara 35 hingga 44 tahun, 45,000 (25 hingga 34 tahun), 24,000 (45 hingga 54 tahun) dan 37,000 (55 hingga 64 tahun).

Dari segi pecahan etnik, perokok di kalangan orang Melayu adalah paling tinggi dengan jumlahnya mencatat 1.77 juta atau hampir 50 peratus daripada mereka yang berumur antara 25 hingga 64 tahun.

Jumlah perokok di kalangan kaum Cina pula ialah 435,000 merangkumi 21.2 peratus keseluruhan komuniti dewasanya, manakala 183,000 perokok daripada kalangan kaum India (16.2 peratus).



Sumber: Berita Harian, 21/05/2007

Dipijak




dah xnak bayi 2 letakkan je kat rumah anak yatim.. jgn dok pijak ... ni melayu kite. ade anak buang n x rase serba salah pon . zaman dulu nk tanam anak hidup2 sampi nanges2....

Hati Kering..




kucing ni rileks jer... ahahahh!

Islam Di Pijak Dan DIhina ..



Minggu lepas Hakim Lau Bee Lan menjatuhkan hukuman kepada umat Islam di negara ini. Hukuman di mana kalimah Allah Yang Maha Esa, boleh digunapakai oleh orang Kristian di Malaysia di dalam Kitab Injil mereka.

Konsep Allah di dalam agama Islam adalah berlainan sekali dengan agama Kristian. Akan tetapi, dengan mudah sahaja Hakim Lau Bee Lan melabelkan Tuhan bagi kedua dua agama adalah sama.

Ini sama sekali tidak betul dan saya percaya ramai juga di kalangan penganut agama Kristian juga tidak bersetuju dengan keputusan hakim berkenaan.

Ada yang berkata bahawa perkataan ‘Allah’ sudah diguna pakai oleh kaum Arab sebelum kedatangan Islam lagi oleh itu, perkataan Allah adalah sama maksudnya dengan ‘Tuhan’ di dalam bahasa Arab. Jadi, perkataan ‘Allah’ bolehlah di pakai oleh orang Kristian di Sabah dan Sarawak kerana maksudnya sama dengan Tuhan.

Hello! Mereka di Sabah dan Sarawak ini berketurunan Arab kah?

Jika kamu Orang Malaysia, perkataan ‘God’ di dalam Bahasa Malaysia adalah ‘Tuhan’, bukannya Allah. Kamu ini, orang Malaysia atau orang Arab? Sejak bila kamu jadi orang Arab?

Jika sudah tahu kamu ini Orang Malaysia, maka gunalah istilah ‘Tuhan’.

The Herald cuba sedaya upaya untuk menukar isu bahasa ini sebagai masalah oppresi orang bukan Islam oleh orang Islam. Perkara yang begitu sensitif yang mampu membakar hati orang Islam yang juga majoriti di dalam negara Malaysia ini diheretnya ke mahkamah.


Mereka di Sabah dan Sarawak menggunakan perkataan ‘Allah’ bagi Tuhan mereka kerana mereka menggunakan Kitab Injil yang dicetak dan diimport dari Indonesia.

Jalan mudah senang sahaja, tukar sahaja bahasa di dalam Kitab Injil mereka dari Allah kepada Tuhan. Ini kerana Tuhan adalah perkataan di dalam Bahasa Malaysia. Bukankah begitu?

Ada juga kalangan mereka berkata bahawa orang Kristian di Indonesia juga menggunapakai perkataan ‘Allah’ bagi Tuhan mereka.

Itu, orang Indonesia punya pasal.

Apa sebab kena samakan hal-hal agama dan sensitiviti rakyat negara ini dengan negara Indonesia?

Berapa lama kamu duduk di Malaysia hingga tidak tahu langsung bahawa perkara ini adalah amat bahaya jika diteruskan?

Sensitiviti orang di sini semestinya tidak sama dengan orang di negara lain.

Ini tidak. Apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan Kitab Injil bahasa Malaysia yang menggunakan nama Allah, mereka terloncat-loncat mahu membawa perkara ini ke mahkamah.

Sensitiviti umat Islam boleh masuk tong sampah.

Penyelesaian yang mudah iaitu mengunakan perkataan ‘Tuhan’ untuk mengganti perkataan ‘Allah’ telah dikusutkan dengan kedegilan mereka. Mahkamah dijadikan alasan untuk meleraikan isu keagamaan yang pada dasarnya hanyalah satu isu penggunaan bahasa.

Saya juga tidak berapa setuju dengan pendapat sesetengah orang Islam yang mengatakan tidak apa jika orang Kristian menggunakan perkataan Allah di dalam Kitab Injil mereka.

Siapa bilang boleh?

Nama Tuhan bagi orang Kristian bukannya Allah. Tuhan mereka berkonsepkan Triniti. Kita hormat pegangan agama mereka ini.

Yang penting bagi umat Islam, jika Allah berkonsepkan Triniti digunapakai oleh orang bukan Islam, adakah kesucian nama Allah akan terpelihara? Adakah Allah yang mempunyai tiga personafikasi (Bapa, Anak dan Roh Kudus) ini sama dengan Tuhan kita bagi umat Islam?

Adalah penting bagi kita untuk mengagungkan nama Tuhan – iaitu Allah -Yang Maha Esa. Bukannya Allah Yang Maha Tiga atau yang beranak pinak.

Tuesday, August 3, 2010

JAIS siasat "Orang Melayu bOleh Makan Babi??!"


(gambar hiasan)

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menyiasat klip video seorang lelaki didakwa menghina Islam seperti yang dipaparkan menerusi laman web You Tube bertajuk 'Melayu Boleh Makan Babi'.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya mendapati klip video itu secara nyata menyalahi Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

"Penyebarannya menyalahi peruntukan undang-undang agama Islam sama ada ia disebarkan melalui buku, tulisan, ucapan dan sebagainya termasuk menerusi Internet," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas rakaman selama 1.22 minit menunjukkan seorang lelaki tanpa memakai baju sujud menyembah bingkai yang kelihatan seperti ayat-ayat al-Quran sambil mengajak umat Islam memakan babi.

Lebih biadap, lelaki itu menyatakan orang Islam yang makan daging babi boleh menghapuskan dosa.

Rakaman bersama suara latar yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepadaagama Islam dilakukan dalam sebuah lokasi tertutup.

Antara kata-kata suara latar terbabit ialah:

"Marilah kita bersama-sama makan babi yang sedap, bahawa mereka akan sudah membuang dosa jika makan. Mulai hari ini semua Melayu boleh makan babi yang sedap.''

Video tersebut juga menunjukkan lelaki terbabit mempersendakan laungan azan sebelum ia diakhiri dengan ketawa individu lain yang merakamkan aksi lelaki itu.

artikel "Blogger"

ENAM TANDA-TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG



antaranya ialah :

1. sakit atau susah bila kencing
2. kencing lebih kerap terutama di sebelah malam
3. kencing yang bercampur dengan darah
4. bengkak disekeliling kedua-dua mata, tangan dan kaki terutama bila berlaku pada

kanak-kanak
5. sakit disebelah buah pinggang (tiada kaitan dengan buah pinggang)
6. tekanan darah tinggi

Asyraf Juara Imam Muda




Imam Muda, sebuah reality show baru yang telah mendapat perhatian global, telah menemui pemenang perdananya.

Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, seorang imam dari Penang, mengalahkan Hizbur Rahman Omar Zuhdi di akhir diadakan di Pusat Islam...

Ia memenangi biasiswa kepada Al-Madinah International University untuk mengejar
kajian pasca sarjana.

hadiah lain untuk Asyraf, yang mempunyai gelaran dalam Usuluddin dan Fiqih dari Universiti Malaya, termasuk pekerjaan sebagai seorang imam di salah satu masjid di Wilayah Persekutuan, ziarah Haji, sebuah Proton Exora, RM20, 000, bercuti, iPhone , perabot bernilai RM10, 000 dan Apple Macbook Pro.

Hizbur, 27, seorang guru agama dari Baling di Kedah, juga memenangi biasiswa ke universiti yang sama.

Hizbur, yang ketika ini sedang mengejar gelar di bidang syariah di Al-Azhar University di Kaherah, juga menerima pakej umrah, perabot bernilai RM7, 000, iPhone, Apple Macbook Pro dan RM15, 000.

Acara, yang memulai debutnya pada tarikh 28 Mei dengan 10 kontestan, telah membina sebuah berikut mengesankan antara Malaysia. Its halaman Facebook telah 55.538 fans.

Peraturan Am Futsal




ramai orang tau main futsal tapi tak tahu peraturan yang telah ditetapkan . :



Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brasil. Ketrampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brasil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brasil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah perlindungan Fédération Internationale de Football Association di seluruh dunia, dari Eropa hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oseania.

Pertandingan internasional pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brasil. Brasil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun pd 1984.

Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brasil, tahun 1982, berakhir dengan Brasil di posisi pertama. Brasil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Spanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia.
Pertandingan futsal internasional pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universitas Negeri Sonoma di Rohnert Park, California. Futsal The Rule of The Game


Bola

1. Ukuran: 4
2. Keliling: 62-64 cm
3. Berat: 390-430 gram
4. Lambungan: 55-65 cm pada pantulan pertama
5. Bahan: kulit atau bahan yang cocok lainnya (yaitu, tak berbahaya)


)

1. Jumlah pemain maksimal untuk memulai pertandingan: 5, salah satunya penjaga gawang
2. Jumlah pemain minimal untuk mengakhiri pertandingan: 2
3. Jumlah pemain cadangan maksimal: 7
4. Jumlah wasit: 2
5. Jumlah hakim garis: 0
6. Batas jumlah pergantian pemain: tak terbatas
7. Metode pergantian: "pergantian melayang" (semua pemain kecuali penjaga gawang boleh memasuki dan meninggalkan lapangan kapan saja; pergantian penjaga gawang hanya dapat dilakukan jika bola tak sedang dimainkan dan dengan persetujuan wasit)

Lama permainan

1. Lama normal: 2x20 menit
2. Lama istiharat: 10 menit
3. Lama perpanjangan waktu: 2x10 menit
4. Ada adu penalti jika jumlah gol kedua tim seri saat perpanjangan waktu selesai
5. Time-out: 1 per tim per babak; tak ada dalam waktu tambahan
6. Waktu pergantian babak: maksimal 10 menit

Sumber Wikipedia

Monday, August 2, 2010

Cole siap bekerja dengan Torres




Bintang Inggeris tuntutan Cole teaming dengan orang-orang seperti Torres memainkan peranan utama dalam keputusannya untuk bergabung dengan Liverpool di depan kelab-kelab lain di transfer tidak.

Cole adalah pengagum besar Torres dan dia berharap untuk menyediakan Sepanyol dengan amunisi untuk api Liverpool berjaya.

benar-benar luar biasa

"Salah satu sebab utama saya datang ke Liverpool kerana saya ingin bermain dengan pemain hebat dan aku akan bekerja setiap hari untuk membuat Fernando sebagai banyak kesempatan yang saya dapat," kata Cole.

"Saya telah melihat cara dia bermain sejak dia datang ke kelab dan, musim lalu, dia adalah penyerang terbaik di dunia, tanpa bayangan keraguan.

Saya suka bermain dengan penyerang yang bermain di bahu pembela terkini. Striker terbaik saya bermain dengan di Chelsea (Hernan) Crespo; gerakannya benar-benar luar biasa.

"Saya mempunyai hubungan baik dengan dia dan mudah-mudahan aku akan dapat mempunyai hubungan seperti itu dengan Fernando. Tugas saya adalah untuk membuat peluang untuk orang-orang depan dan aku tidak sabar untuk bermain bersama dia. "

"Salah satu sebab utama saya datang ke Liverpool kerana saya ingin bermain dengan pemain besar" - Joe Cole

Sumber EPL result

Sunday, August 1, 2010

Kucing Paling Kebal




kalau nak ikut hati kucing ni dah lame mati ... tp Alhamdulillah kucing ni Selamat daripada ajal... bkn senang nk jumpe kucing hidup bile kene cucuk dgn batang besi..

Kelahiran Terbuang..




Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.



Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.

Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.





Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.

Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.

Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.

Tips hilang mengantuk di mana2 anda berada..




Tip-tip agar hilang mengantuk di pejabat

• Makan gula-gula getah. Kunyahlah ia tanpa henti.

• Sepak bucu-bubu meja dengan kaki (Anda di nasihatkan buka kasut terlebih dahulu)

• Ambil sekeping kertas A4 tegakkan dan tarikkan ia di antara dua jari telunjuk dan tengah.

• Hina kawan sebelah anda secukup-cukupnya

• Sentiasa berlari pecut untuk kemana-mana sahaja di dalam pejabat itu (Pergi tandas, pergi ke meja kawan dsb)

• Cabut sehelai bulu hidung anda dengan lajunya.

• Jangan makan atau minum sepanjang hari (Makan pada waktu malam sahaja). Sebabnya orang selalu mengantuk selepas makan.

• Pesan pada penyambut tetamu pejabat anda supaya meng'interkom' anda setiap 5 min.

• Buat secawan kopi panas dan tumpahkan ia atas baju dan seluar anda. (Tumpahkan pada kawan pun boleh juga - lebih afdal)

• Ambil stapler dan staplekan cuping telinga anda atau telinga sesiapa sahaja yang berdekatan.